Open Office
Perisian sumber terbuka ini begitu sinonim dengan perisian Microsoft Office Pro (Berharga RM1070). Ianya setanding dengan perisian komersil Microsoft Word, Excel, Power Point,Front Page & Access.Perisian ini didatangkan secara pakej merangkumi OpenOffice Writer (setanding Word), Calc (Setanding Excel), Impress (Setanding Power Point), Base (Setanding Access), Math (Microsoft Equation) dan Draw.
Antara kebaikan produk OpenOffice adalah:-
- boleh membuat e-book dengan satu klik sahaja dengan fungsi yang sedia ada pada perisian OpenOffice
- boleh membuat lakaran, edit gambar, name card, brochure, flow chart, carta organisasi, slide show, fungsi matematik, website dan pelbagai fungsi yang mudah
- Membolehkan anda membuka dan menyunting dokumen Microsoft Office anda seperti Word, Excel, Power Point, Access dan lain-lain.
- Menukar format dokumen anda kepada fail PDF untuk paparan dan cetakan yang lebih jelas
Namun demikian tentu anda semua beranggapan perisian ini tidak stabil dan lembap, kerana untuk (launch application) melancarkan perisian ini memakan masa yang lama untuk loading (5-15 saat malah ada yang lebih dari itu) sebelum anda dapat menaip atau melihat teks dokumen yang sedia ada.
Sesetengah dari individu tersebut mengatakan " Biasa la freeware...bukan bagus sangat, nak yang elok pakai MS Office la".
Sesetengah dari individu tersebut mengatakan " Biasa la freeware...bukan bagus sangat, nak yang elok pakai MS Office la".
Namun kami di Pusat Komuniti Bestari, pc-pc kami hanya memakan masa bawah 2 saat sahaja untuk pengguna atau pengunjung membuka Perisian Open Office. Malah lebih cepat dari MS Office. Ini lah kelebihan Pusat Komuniti Bestari Sura dan juga di seluruh negeri Terengganu. Kerana kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam DUNIA LINUX. Bagaimana kami Melajukan Atau Menambah Kecekapan Open Office?
Di sini kami ingin berkongsinya dengan anda.
* Screenshot tutorial ini dijalan pada Linux Ubuntu 7.10, namun demikian cara serta kaedahnya adalah sama pada distro-distro Linux yang lain.
1.Buka perisian Open Office (Word Processor) anda :

2. Klik pada Tools kemudian pilih Options :

3. Pada window Option. Pilih Memory dan lakukan penetapan berikut :
(* klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)

4. Jangan klik OK terlebih dahulu, sebaliknya klik pada Java. Lakukan penetapan seperti imej di bawah :
5. Kemudian klik OK. Tutup perisian Open Office anda. Kemudian cuba sekali perisian tersebut. Lihat perbezaannya. Berapa saatkah masa yang di ambil oleh anda?

0 komen:
Post a Comment