PENGENALAN KEPADA WRITER
Kursus pengenalan kepada Writer akan memberikan pendedahan awal kepada peserta berkenaan asas kepenggunaannya. Writer adalah merupakan sistem pemprosesan perkataan yang penting bagi memudahkan kerja-kerja type setting untuk menghasilkan dokumen.
Berfungsi untuk membuat surat, kertas kerja, jadual dan graf. Antara kelebihan Writer ialah fail yang dibuat oleh pengguna boleh disimpan didalam pelbagai format dan ini membolehkan fail-fail yang dibuat menggunakan Writer boleh dibuka atau disimpan menggunakan sistem pemprosesan yang lain seperti Microsoft Word. Fail-fail yang dibuat menggunakan Microsoft Word juga boleh dibuka menggunakan Writer.Antara topik-topik yang akan di ajar kepada para peserta adalah :-
• Skrin Open Office.org Writer
• Mencipta, menyimpan, menutup dan membuka dokumen
• Membuat salinan perkataan dan memindahkan teks
• Penggunaan undo dan redo
• Memformat Dokumen
• Membentuk senarai bertanda dan bernombor
• Memasukkan jadual
• Memadamkan lajur dan baris pada jadual
• Memasukkan lajur dan baris ke dalam jadual
• Menggabungkan Sel
• Menukar kelebaran jalur
• Memasukkan Border pada jadual
• Memasukkan Imej
• Mencetak Dokumen
0 komen:
Post a Comment