Pendaftaran Kursus Asas Animasi 3D Siri 2 Kini Di Buka

Wednesday, June 11, 2008

Pusat Komuniti Bestari Sura (Bescomm Sura) akan menganjurkan Kursus Asas Animasi 3D Siri Ke 2 pada 11 - 12 Julai 2008.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi kakitangan kami dengan klik di sini

Kursus Animasi 2D

Wednesday, June 4, 2008

Pada 2,3 dan 4 Jun 2008 pihak Pusat Bestari.Comm Sura (BescommSura) telah menganjurkan satu Kursus Asas Animasi 2D (Bescomm48). Kursus berkenaan digabungkan bersama dengan Pusat Bestari.Comm Batu 48. Seramai 24 orang peserta menyertai kursus tersebut, 12 orang di bawah kendalian BescommSura dan selebihnya dibawah Bescomm48.

Kursus berkenaan merupakan projek yang dikendalikan oleh Pusat Komuniti Bestari (Bestari.Comm) dengan kerjasama Redang Digital. 3 orang tenaga pengajar didatangkan khas oleh pihak Redang Digital untuk menjayakan kursus tersebut.

Para peserta di ajar menghasilkan animasi berbentuk 2D menggunakan perisian Adobe Flash versi CS3.

Video Semasa Kursus



Muatturun Video Ini (format FLV)
Fail video ini dihosting oleh server www.mydungun.net