Umumnya mengetahui Pusat ICT Dun iaitu Bestari.Comm (BescommSura) buat masa ini beroperasi dengan menumpang di Bangunan Bestari.Comm Batu 48 (BescommBt48) untuk tempoh waktu yang belum ditetapkan sehinggalah bangunan baru yang difikirkan sesuai untuk BescommSura beroperasi.
Terkini BescommSura mendapat tawaran daripada JKKK Kg.Alur Tembesu (Suragate) untuk membenarkan Bangunan JKKK digunakan untuk operasi BescommSura. Menurut Tn.Haji Ramli Bin Abd Rahman, beliau berharap agar pihak yang menguruskan BescommSura akan mencapaikata sepakat dan bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan. Menurut beliau lagi, perkara itu telah diperbincangkan dalam mesyuarat JKKK dan ahli mesyuarat bersetuju dan berharap agar ianya dilaksanakan kerana disamping itu ianya mendapat manfaat kepada penduduk sekitar Kg.Alur Tembesu dan juga Suragate. Apatah lagi Bangunan JKKK tersebut terletak di kawasan bandar dan dikelilingi oleh banyak JKKK yang lain seperti JKKK Teratai, JKKK Rumah Murah dan lain-lain.

Bersebelahan bangunan tersebut adalah Bangunan Komuniti Suragate di mana aktiviti yang melibatkan penduduk kampung diadakan di situ.