Kursus Flash Percuma

Monday, May 26, 2008

Pusat Komuniti kami akan mengadakan Kursus Flash secara percuma dan terbuka kepada belia-belia di sekitar Dun Sura. Kepada mereka yang berminat dan mahu menyertai kursus ini sila hantarkan email kepada : bescomm_sura@yahoo.com.my beserta keterangan berikut berikut :

Nama :
No.Kad Pengenalan:
No. Telefon:
Pernah menyertai sebarang kursus anjuran Pusat ICT Dun Sura (Bescomm.Net) : Ya atau Tidak

atau hubungi kakitangan kami :

SABRINA BINTI OTHMAN
(No Tel :012-9577577)
AHMAD RAHMAT BIN RAMLEE
(No Tel :017-9760050)

Maklumat kursus seperti berikut:

  • Tarikh : 2,3 dan 4 Jun 2008
  • Tempat : Bescomm Sura d/a Bescomm Batu 48
  • Masa : 8.30 pagi -5.30 petang.
Makan serata minum disediakan oleh kami.

Cepat! Daftar Sekarang! Terhad!

Kenali OpenSUSE

Sunday, May 25, 2008



OpenSUSE http://www.opensuse.org/


Merupakan salah satu antara distribusi Linux yang popular...mempuyai sokongan komuniti yang kukuh dan juga besar. OpenSUSE di asaskan di Jerman dengan menggunakan distribusi SLS.

Popular untuk kegunaan dekstop dan mudah melakukan installation yang dikenali sebagai YaST2. Saya sendiri pernah menginstall OpenSUSE KDE, amat muda membuat persepadanan. Sama ada mahu install secara single atau dual boot, memang amat mudah.

Juga terdapat dalam persitaran desktop GNOME. Namun demikian saya gagal dalam 3 percubaan untuk install OpenSUSE GNOME, walau demikian secara live cd OpenSUSE GNOME berfungsi dengan baik.

Antara mukanya menarik dengan defaultnya adalah warna hijau yang segar. Suse adalah diantara distribusi yang stabil dan mudah digunakan.


Video Instalasi OpenSUSE
Bahagian 1


Bahagian 2

Melajukan Atau Menambah Kecekapan Open Office




Open Office

Perisian sumber terbuka ini begitu sinonim dengan perisian Microsoft Office Pro (Berharga RM1070). Ianya setanding dengan perisian komersil Microsoft Word, Excel, Power Point,Front Page & Access.Perisian ini didatangkan secara pakej merangkumi OpenOffice Writer (setanding Word), Calc (Setanding Excel), Impress (Setanding Power Point), Base (Setanding Access), Math (Microsoft Equation) dan Draw.
Antara kebaikan produk OpenOffice adalah:-

  • boleh membuat e-book dengan satu klik sahaja dengan fungsi yang sedia ada pada perisian OpenOffice
  • boleh membuat lakaran, edit gambar, name card, brochure, flow chart, carta organisasi, slide show, fungsi matematik, website dan pelbagai fungsi yang mudah
  • Membolehkan anda membuka dan menyunting dokumen Microsoft Office anda seperti Word, Excel, Power Point, Access dan lain-lain.
  • Menukar format dokumen anda kepada fail PDF untuk paparan dan cetakan yang lebih jelas
Namun demikian tentu anda semua beranggapan perisian ini tidak stabil dan lembap, kerana untuk (launch application) melancarkan perisian ini memakan masa yang lama untuk loading (5-15 saat malah ada yang lebih dari itu) sebelum anda dapat menaip atau melihat teks dokumen yang sedia ada.

Sesetengah dari individu tersebut mengatakan " Biasa la freeware...bukan bagus sangat, nak yang elok pakai MS Office la".

Namun kami di Pusat Komuniti Bestari, pc-pc kami hanya memakan masa bawah 2 saat sahaja untuk pengguna atau pengunjung membuka Perisian Open Office. Malah lebih cepat dari MS Office. Ini lah kelebihan Pusat Komuniti Bestari Sura dan juga di seluruh negeri Terengganu. Kerana kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam DUNIA LINUX. Bagaimana kami Melajukan Atau Menambah Kecekapan Open Office?

Di sini kami ingin berkongsinya dengan anda.
* Screenshot tutorial ini dijalan pada Linux Ubuntu 7.10, namun demikian cara serta kaedahnya adalah sama pada distro-distro Linux yang lain.



1.Buka perisian Open Office (Word Processor) anda :


2. Klik pada Tools kemudian pilih Options :


3. Pada window Option. Pilih Memory dan lakukan penetapan berikut :
(* klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)


4. Jangan klik OK terlebih dahulu, sebaliknya klik pada Java. Lakukan penetapan seperti imej di bawah :

5. Kemudian klik OK. Tutup perisian Open Office anda. Kemudian cuba sekali perisian tersebut. Lihat perbezaannya. Berapa saatkah masa yang di ambil oleh anda?



Kursus Asas Animasi 3D Siri 1

Sunday, May 18, 2008

Kursus Asas Animasi 3D Siri 1
Jumaat hinga Isnin
16-17 Mei 2008

Bestari.Comm bersama Redang Digital telah mengadakan satu kursus asas animasi secara percuma baru-baru ini. Kursus ini disasarkan kepada golongan belia dan juga lepasan SPM

Kurus ini dikendalikan oleh kakitangan Redang Digital yang menjalankan Terengganu@D3D

Seramai 12 Peserta Terpilih Untuk Menyertai Kursus Tersebut. Mereka ialah :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Antara rakaman yang sempat dibuat sewaktu kursus tersebut dijalankan.
(ini merupakan video auto-play, sila tunggu tanpa perlu klik pada icon PLAY)




Semua peserta (berdiri dibelakang) bergambar bersama Tenaga Pengajar
dan juga kakitangan Bescomm Sura dan Bescomm Batu 48.


Kakitangan Bestari.Comm barisan belakang
bersama kakitangan dari Redang Digital.










KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB

KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB

Pengenalan

Kursus ini dapat membantu para peserta dalam membentuk, mengendali dan melayari halaman web dan seterusnya menjadikan laman web sebagai penghubung organisasi dan individu luar. Para peserta akan diajar cara-cara untuk membina sebuah laman web dengan cara yang paling mudah dan menarik.

Objektif

Di akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami asas laman web
- Mengetahui cara menggunakan wizard
- Mencipta dan mengimport web
Kandungan

• Modul 1 Pengenalan
o Pengenalan kepada Internet, Web, World Wide Web
• Modul 2 HTML
o HTML Structure
o Lists
o Tables
o Hyperlinks
o Formatting table
• Modul 3 Kaedah Menggunakan NVU
o Kaedah membentuk halaman (page)
o Memasukkan elemen-elemen web
o DHTML
o Frame
o Form
o Membentuk page template
o Memformat halaman (page)
• Modul 4 Menerbitkan Web

o Menerbitkan laman web
o Memilih hos laman / tapak laman

KURSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER

KURSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Pengenalan

Kursus penyelenggaraan komputer akan memberikan pendedahan kepada peserta tentang cara-cara pemasangan perkakasan dan perisisan komputer dengan cara yang betul dan berkesan. Peserta juga akan dilatih untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku komputer dan seterusnya melakukan penyelenggaraan.

Objektif

Di akhir kursus, peserta akan dapat:
• Mengenalpasti komponen-komponen komputer
• Mengetahui cara pemasangan perisian dan perkakasan komputer
• Dapat melakukan penyelenggaraan pada komputer

Kandungan

• Pengenalan kepada jenis-jenis computer
• Pengenalan Kepada Asas Komponen Komputer
• Pemasangan Komputer Peribadi
• Pengenalan Kepada Konfigurasi BIOS
• Penyediaan Cakera Keras
• Membuat Partition
• Pemasangan Windows dan Komponen Pengisian
• Pemasangan Pemacu Perkakasan (Driver)

Pengenalan Kepada Internet dan Email

Pengenalan Kepada Internet dan Email

Kursus ini menawarkan teknik dan pembelanjaran yang betul dalam menjelajahi internet secara mudah. Para peserta akan diajar secara teori dan praktikal untuk mempercepatkan lagi pemahaman.

Antara topik-topik yang akan di ajar kepada para peserta adalah :-

• Apa itu Internet ?
• Kepentingan Internet
• Capaian kepada Internet
• Pengenalan Kepada Mozilla Firefox
• Bagaimana melayari Web melalui Mozilla Firefox
• Pengenalan kepada World Wide Web
• Email dan penggunaanya
• Mencipta Email baru
• Bagaimana untuk melayari Web Yahoo.com
• Enjin carian

PENGENALAN KEPADA IMPRESS

PENGENALAN KEPADA IMPRESS

Kursus pengenalan kepada Impress akan memberikan pendedahan awal kepada peserta berkenaan asas kepenggunaannya. Impress adalah satu program persembahan untuk membantu mencipta persembahan visual atau pertunjukkan slide kepada para penonton. Fungsinya lebih kurang sama dengan Microsoft Power Point di dalam Window Ia memberikan segala yang diperlukan untuk menghasilkan pembentangan yang berciri profesional seperti pengendalian teks, penyedian garis kasar, graf, lukisan, clip art dan sebagainya.

Antara topik-topik yang akan di ajar kepada para peserta adalah :-
• Pengenalan
• Memulakan Impress
• Memulakan Persembahan
• Membina Slide
• Memasukkan Grafik
• Menyimpan Fail
• Menutup Skrin
• Membuka Fail
• Memilih Slide
• Memilih Slide Secara Automatik
• Memasukkan “ Transition Effect “
• Slide Background

PENGENALAN KEPADA WRITER

PENGENALAN KEPADA WRITER

Kursus pengenalan kepada Writer akan memberikan pendedahan awal kepada peserta berkenaan asas kepenggunaannya. Writer adalah merupakan sistem pemprosesan perkataan yang penting bagi memudahkan kerja-kerja type setting untuk menghasilkan dokumen.

Berfungsi untuk membuat surat, kertas kerja, jadual dan graf. Antara kelebihan Writer ialah fail yang dibuat oleh pengguna boleh disimpan didalam pelbagai format dan ini membolehkan fail-fail yang dibuat menggunakan Writer boleh dibuka atau disimpan menggunakan sistem pemprosesan yang lain seperti Microsoft Word. Fail-fail yang dibuat menggunakan Microsoft Word juga boleh dibuka menggunakan Writer.
Antara topik-topik yang akan di ajar kepada para peserta adalah :-
• Skrin Open Office.org Writer
• Mencipta, menyimpan, menutup dan membuka dokumen
• Membuat salinan perkataan dan memindahkan teks
• Penggunaan undo dan redo
• Memformat Dokumen
• Membentuk senarai bertanda dan bernombor
• Memasukkan jadual
• Memadamkan lajur dan baris pada jadual
• Memasukkan lajur dan baris ke dalam jadual
• Menggabungkan Sel
• Menukar kelebaran jalur
• Memasukkan Border pada jadual
• Memasukkan Imej
• Mencetak Dokumen

PENGENALAN KEPADA CALC

PENGENALAN KEPADA CALC

Kursus pengenalan kepada Calc akan memberikan pendedahan awal kepada peserta berkenaan asas kepenggunaannya. Calc merupakan alat yang berkemampuan menyimpan dan memanipulasi nombor. Fungsinya lebih kurang sama dengan Microsoft Excel di dalam Window. Calc juga boleh melakukan sebarang pengiraan Matematik dari yang mudah hingga yang kompleks, menguruskan data menjadi lebih bermakna dan dapat digunakan.

Antara topik-topik yang akan di ajar kepada para peserta adalah :-

• Cara Membuka Calc
• Memasukkan dan Mengedit Data Sel
• Menggelintar Helaian Kerja
• Memilih Julat Sel
• Mengalih dan Menyalin Data
• Menyelit Jalur dan Baris
• Menghapuskan Baris
• Mencari dan Menggantikan Data
• Menggunakan Perintah Find
• Menyusun Data
• Menapis Data
• Menggunakan Helaian Kerja
• Menggunakan Autosum
• Menetapkan Opsyen Format
• Chart Wizard

PENGENALAN KEPADA LINUX

PENGENALAN KEPADA LINUX

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para peserta untuk mempelajari satu sistem pengoperasian yang berbeza dengan dengan apa yang pernah mereka gunakan sebelum ini.
Melalui kursus ini peserta akan diperkenalkan dengan satu sistem pengoperasian komputer yang baru dan cara-cara untuk menggunakankanya. Pembelajaran adalah dalam bentuk teori dan praktikal.

Modul kursus terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :-
• Pengenalan kepada Linux
- Apa itu Linux?
• Aktiviti 1: Memulakan MIMOS GNU Linux
- Membuka Perisian MIMOS GNU Linux
- Menutup MIMOS GNU Linux
- Penggunaan Tetikus
- Penerokaan Desktop MIMOS GNU Linux
- Ubah Suai Reka Bentuk Visual pada Desktop
• Aktiviti 2: Ubah Suai Beberapa Fungsi Tambahan Pada Desktop
- Meneroka Control Center
- Appearance & Themes
- Peripherals
- System Administration
• Aktiviti 3: Fungsi Personal Files (Home)
- Fungsi Personal File (Home)
- Mengesan dan Mencari Fail Dokumen Data
• Aktiviti 4: Fungsi Menjerat Tetingkap
- Menjerat Tetingkap

• Aktiviti 5: Aplikasi Sampingan Pada MIMOS GNU Linux
- Menambah Pengguna (Add User)
- Applikasi Tambahan Dalam MIMOS GNU Linux

Bagaimana Mahu Ke Bescomm Sura

Hubungi Kami

Pusat Bestari.Comm Sura
d/a Balairaya JKKK Kampung Batu48
Jalan Melati,
23000 Dungun, Terengganu.

email : bescomm_sura@yahoo.com.my
Tel : 09-8457008

AHMAD RAHMAT BIN RAMLEE(TSO)
(No Tel :017-9760050)

Pengenalan

PUSAT KOMUNITI BESTARI SURA (BESCOMM.SURA)

  • Bescomm.Sura menyediakan kemudahan menggunakan komputer dan juga internet secara percuma kepada seluruh warga Sura.
  • Bescomm.Sura beroperasi mulai 9.30 pagi - 5.30 petang pada hari Sabtu-Khamis. (Bescomm.Sura akan turut dibuka pada waktu malam sedikit masa nanti)
  • Bescomm.Sura menyediakan kemudahan berikut :
  • 12 buah komputer menggunakan sistem operasi Linux OpenSUSE (untuk kegunaan pengunjung)
  • 1 buah komputer menggunakan sistem operasi Ubuntu Server Edition.
  • 2 buah pencetak laser.
  • 1 buah scanner.
  • 1 buah pemancar LCD.
  • 1 buah laptop.


PENGENALAN

Bestari.Comm ini diharap akan dapat merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri agar rakyatnya menjadi masyarakat yang berpengetahuan selaras dengan prinsip Islam Hadhari Terengganu Bestari.

Selain itu, dengan penubuhan Bestari.Comm ini, ia diharapkan mempunyai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.


PERANAN

Bestari.Comm ini berperanan:

1. Sebagai Pusat Sumber Maklumat Kerajaan Negeri

2. Pusat Pembelajaran/Latihan

• Pusat Latihan ICT
• Pusat Latihan Keusahawanan

3. Pusat Sumber Maklumat Kerajaan Negeri

• Portal Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan
• Pusat Aduan (e-Aduan)
• Pusat edaran risalah / info bercetak Kerajaan Negeri

4. Pusat Pembelajaran

• Sebagai Pusat latihan ICT

KUMPULAN SASAR

Kumpulan 1

• Pelajar sekolah rendah
• Pelajar sekolah menengah


Kumpulan 2

• Belia
• Suri Rumah
• Warga Emas
• Pemimpin Masyarakat
(JKKK, Imam-Bilal &Penghulu)

SISTEM OPERASI BESTARI.COMM

Linux

Sistem sumber terbuka yang kini digunakan di serata dunia
menggantikan Microsoft Windows.

Manage.NET

Digunakan bagi menguruskan Bestari.Comm.

i-Ducation

Digunakan sebagai alat pembelajaran digital.